Dengan meneruskan, anda menerima Dasar Privasi Avaaz yang menjelaskan tentang bagaimana data boleh digunakan dan dilindungi.
Ya

Tentang Kami Halaman Utama

Tentang Petisyen Komuniti di Avaaz

Petisyen Komuniti Avaaz memperkasa setiap anggota masyarakat untuk merealisasikan dunia yang diinginkan ramai secara dalam talian.

Petisyen Komuniti merupakan sebuah platform yang memberi kuasa kepada orang ramai di seluruh dunia untuk memulakan dan menjayakan kempen di peringkat tempatan, nasional dan peringkat antarabangsa.

Petisyen Komuniti adalah sebahagian daripada Avaaz yang disokong oleh orang ramai, sebuah gerakan jaringan global paling besar yang membawa suara orang ramai kepada pembuat keputusan di mana-mana sahaja. Setiap minggu, berjuta-juta orang daripada pelbagai lapisan masyarakat di setiap negara melancarkan tindakan melalui Avaaz terhadap isu yang menekan, dari isu rasuah, kemiskinan, konflik, sehinggalah ke perubahan iklim.

Model Avaaz yang dijalankan melalui Internet membolehkan usaha ribuan individu, walau betapa kecil sekalipun, bergabung menjadi sebuah kuasa yang jitu. Dengan adanya Petisyen Komuniti, kita boleh menggunakan platform ini untuk melancarkan kempen tempatan, nasional, atau antarabangsa dan kesemuanya mampu membentuk perubahan positif di dunia ini.

Avaaz- membawa erti "suara" dalam bahasa di beberapa negara Eropah, Timur Tengah dan Asia. Ia dilancarkan pada 2007 dengan satu misi demokratik: mengurangkan jurang antara dunia masa ini dengan dunia yang diinginkan ramai di seluruh dunia. Petisyen Komuniti Avaaz terdapat dalam 21 bahasa termasuklah Bahasa Melayu, disokong oleh sebuah pasukan yang terletak di 6 benua dan ribuan sukarelawan. Kita mengambil tindakan- menandatangan petisyen, membiayai kempen media dan tindakan secara langsung, melalui e-mel, telefon dan lobi kerajaan, serta menganjurkan protes dan acara "luar talian"-- bagi memastikan pandangan dan nilai penduduk dunia membentuk keputusan yang memberi kesan kepada kita semua.

Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Avaaz atau ikuti Facebook, X dan Instagram Avaaz.